Posts

Useful Telephone Numbers (Kota Kinabalu City) (Sila gunakan bila perlu/CALL WHEN NEED!!!) Senarai no keselematan ini dibuat untuk kemudahan anda Kecemasan Emergency 999 BOMBA Sembulan Fire & Rescue Dept(Sembulan) 088 - 218422 / 211837 / 994 Hospital Queen Elizabeth Queen Elizabeth Hospital 088 - 218166 Pusat Perubatan Sabah Sabah Medical Centre 088- 424333 Polis Karamunsing Karamunsing Police 088 - 242111 Polis Bandaraya Kota Kinabalu Kota Kinabalu City Police 088 - 241161 088 - 221191 (Hotline) Ibu Pejabat Polis Kepayan Kepayan Police Headquarters 088 - 212222 Balai Polis Menggatal Menggatal Police Station 088 - 492222 Ambulan Yayasan Sabah Yayasan Sabah Ambulance 088 - 250555 Sabah Electricty Sdn Bhd (SESB) Sabah Electricity Sdn Bhd 088 - 282699 /233027 088 - 233034 /233036 Jabatan Kerja Raya Public Works Department 088 - 244333 Jabatan Air Water Department 088 - 711767 Lapangan Terbang Antarabangsa KK K K International Airport Operator 088 - 238

BENDERA SABAH

Image
BENDERA SABAH Bendera negeri Sabah versi terkini telah digunakan sejak 16 September 1988. Ia bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan
Image
Kota Kinabalu Wetland Centre Kota Kinabalu Wetland Centre Hutan bakau yang berkeluasan 24 hektar ini kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang mengujakan sesiapa sahaja yang melihat. Antara haiwan yang dapat disaksikan di sini adalah seperti ketam bakau, penyu dan biawak. Di Kota Kinabalu Wetland Centre ini disediakan ruang jalan berpapan berkepanjangan 1.5 km yang membuatkan hutan ini dapat diterokai oleh kanak-kanak kecil dengan selamat. Selain itu, untuk pengetahuan anda, lokasi ini juga terkenal bagi mereka yang mencintai burung, di sini terdapat lebih kurang 80 spesis burung yang berterbangan bebas di sekeliling hutan, sesuailah dengan nama asalnya sebelum ditukar kepada Wetland Centre iaitu Kota Kinabalu City Bird Sanctuary. Harga: Dewasa MyKad: RM5, Biasa: RM15 | Kanak-kanak (7 Tahun & Keatas) MyKad: RM3, Biasa: RM10 | Kanak-kanak (6 Tahun & Kebawah) Percuma Alamat: Jalan Bukit Bendera Upper, Taman Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Image
Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum . Sebuah negeri yang kaya dengan tarian kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan. Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. etnik-sabah2 Kadazan Dusun Kaum Kadazan Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggu